Selasa, 9 April 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Adab Menghormati Guru

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan.

Renungkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah ali-‘Imran:18)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu, ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.

Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Abu al-Aswad berkata: "Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; raja-raja adalah pemimpin bagi rakyat sedangkan para ulama adalah pemimpin kepada raja."

Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman ‘alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.

Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat

Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya.

Firman Allah Ta‘ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya’ ayat 7:
Tafsirnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa’: 7)


Ahlu’dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya.
Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Mu‘awiyyah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya, nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama.”
(Hadits riwayat Ath-Thabarani)

Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)


Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu pula berkata: "Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya."

Yahya bin Mu‘az berkata: "Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat."

Sebahagian ulama berkata: "Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya."

Adab Ulama Menghormati Guru

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:
1.     Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.

2.     Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

3.     Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan khidmat tersebut.

4.     Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.

Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:
- Mughirah berkata: Kami menghormati Ibrahim an-Nakha‘ie sepertimana kami menghormati raja.
- Imam Asy-Syafi‘e pula berkata: "Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)."
- Rabie‘ berkata: "Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku."
- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: "Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa."

5.     Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi‘e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana     Imam Asy-Syafi‘e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.

6.     Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti “engkau” dan “awak” dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.

7.     Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka‘ab bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”
(Hadits riwayat Al-Hakim)

8.     Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.

9.     Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.

Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: "Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan."

10.     Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti’zan (permohonan izin) mereka.



Tamat

Khamis, 4 April 2013



Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.




Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali As-Sam”. Aku bertanya. “Apakah As-Sam itu? Baginda menjawab, “As-Sam itu ialah mati”




Riwayat Imam Bukhari.


Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:



“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.



Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Analisis Kimia Kandungan Habbatus Sauda

ANALISIS KIMIAWI KANDUNGAN BLACK SEED
Minyak Black Seed mengandung beberapa substansi penting dalam jumlah yang signifikan. Daftar dibawah menunjukkan komposisi minyak Black seed dengan kandungan aktif, nutrisi dan kandungan penting lainnya.

ilai rata-rata nutrisi
Kandungan Black Seed
per-100gr kadar air
US RDAB
% of US RDAB
INQ%
Energy (kcal (MJ)
531(222)
2300 (9.63)
23.1
1
Protein (g)
20.8
65
32
1.4
Thiamin (mg)
1.5
1.5
100
4.3
Riboflavin (mg)
0.1
1.7
5.9
0.3
Pyridoxine (mg)
0.5
2
25.
1.1
Niacin (mg)
5.7
20
28.5
1.2
Calcium (mg)
185.9
1000
18.6
0.8
Iron (mg)
10.5
18
58.3
2.5
Copper (mg)
1.8
2
90
3.9
Zinc (mg)
6
15
40
1.7
Phosphorus (mg)
526.5
1000
52.7
2.3
Folacin (mg)
0.061
0.4
15.3
0.7

Komposisi minyak esensial (1,4%)Minyak Black Seed


Carvone21.1%
Alfa-Pinene7.4%
Sabinene5.5%
Beta-Pinene7.7%
P-cymene46.8%
Others11.5

Asam LemakMinyak Black Seed


Myristic Asam(C14:0) 0.5%
Palmitic Asam(C16:0) 13.7%
Palmitoleic Asam(C16:1) 0.1%
Stearic Asam(C18:0) 2.6%
Oleic Asam(C18:1) 23.7%
Linoleic Asam(C18:2) (omega-6) 57.9%
Linolenic Asam(C18:3n-3) (omega-3) 0.2%
Arachidic Asam(C20:0) 1.3%



Khasiat Buah,Minyak & Daun Zaiton.

Zaitun adalah tanaman yang bertahan hidup cukup lama dan mengandung banyak manfaat bagi manusia, baik minyak, daun, kayu maupun buahnya.

Dan dalam Al-Qur’an Surat An-Nahl ayat 10-11, Allah SWT berfirman :

“Dia-lah, Yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian lainnya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternak kamu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

Khasiat Buah Zaitun

Buah Zaitun mengandung 67% air, 23% minyak, 5% protein, 1% garam mineral, terutama garam kalsium dan besi. Buah ini juga mengandungi beberapa jenis vitamin. Kerana buah ini mengandung minyak, sehingga mengandung unsur-unsur vitamin A dan D, keduanya biasa ada pada minyak. Zaitun termasuk buah yang memiliki fungsi kesihatan, kerana mengandungi vitamin B dan C.

Buah Zaitun memiliki rasa yang enak dan baik untuk dikonsumsi orang dewasa maupun anak kecil. Diantara khasiat buah zaitun dalam dunia kedoktoran adalah untuk menguatkan lambung, membangkitkan selera makan.

Minyak Zaitun :

Minyak Zaitun terkenal di kalangan Bangsa Arab kerana cahayanya yang jernih, sebagaimana disebutkan oleh firman Allah SWT dalam Al-Qur’an Surat An-Nur ayat 35 :

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada Pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

Minyak Zaitun memiliki ciri khas iaitu warnanya yang kuning pucat yang cenderung kehijau-hijauan, memiliki aroma yang khas dan tidak mudah basi. Minyak Zaitun kaya dengan unsur mineral dan unsur-unsur yang jarang ditemukan. Minyak Zaitun juga tergolong minyak yang kurang mengandungi lemak (triglyceride) dibandingkan dengan minyak biji kapas atau minyak linen dan minyak rami.

Oleh kerana itu, minyak zaitun ini lebih banyak digunakan untuk membuat beberapa jenis makanan dibanding jenis-jenis minyak lain, Di samping itu, minyak jenis ini dapat memelihara tubuh dari hal yang tidak baik, seperti kelebihan lemak yang boleh menyebabkan sejumlah penyakit. Misalnya penyakit Arteiosclerosis dan meningkatnya tekanan darah.

Rasulullah SAW telah mengatakan, zaitun ini adalah buah yang baik. Diriwayatkan dari Turmudzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW beliau bersabda :

“Makanlah zaitun dan jadikanlah ia pelincir, kerana sesungguhnya ia termasuk pohon yang diberkati.”

Khasiat Minyak Zaitun :

1. Menyembuhkan penyakit kuning, memecahkan batu ginjal, meningkatkan produksi air empedu dan menyembuhkan kencing manis. Oleh karena itu, dianjurkan minum 2 sudu kecil minyak zaitun, 1 kali waktu pagi dan 1 kali waktu malam sebelum kita tidur.

2. Memelihara kecantikan kulit dan menghilangkan kerutan di wajah dan leher. Yaitu dengan cara melumuri wajah dan leher dengan ½ sudu kecil minyak zaitun yang dicampur dengan kuning telur. Atau yang lebih dikenal dengan istilah masker. Setelah kira-kira 1/3 bahagian ini dibilas dengan air suam.

3. Mengubati rambut yang botak, iaitu dengan cara mengurut-ngurut kulit kepala dengan minyak setiap malam, Hal itu dilakukan selama 10 hari berturut-turut insyA`allah rambut akan menjadi cantik.

4. Mengubati pecah-pecah pada kulit tangan dan kaki, iaitu dengan cara mencampur minyak zaitun dan gliserin dalam kuantiti yang sama.

Khasiat Daun Zaitun :

Apabila dikunyah, daun zaitun dapat menyembuhkan gusi dan tekak. Apabila dihancurkan dan dijadikan juice, daun ini boleh berfungsi mencegah terjadinya peradangan. Apabila ditumbuk dan dihaluskan, air atau patinya dapat berguna untuk mengobati bisul dan luka, karena ramuan ini mengandung unsur-unsur yang memberi keseimbangan sekaligus membersihkan.

Mungkin juga digunakan untuk suntikan urus-urus (enema) bagi penderita luka pada lambung. Orang-orang Mesir kuno telah mengambil perhatian terhadap buah zaitun ini dengan cara banyak menanamnya, kerana mereka mengetahui manfaat buah zaitun yang terkandung di dalamnya.


Khasiat Buah Tin

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


Manfaat Buah Tin :

  1.  Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
  2.  Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .
  3.  Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
  4.  Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
  5.  Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
  6.  Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
  7.  Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
  8.  Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.
  9.  Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.
  10.  Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
  11.  Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
  12.  Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia




Khasiat Madu Lebah




"Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Antaranya, sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.

“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.

Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.

Misalnya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.

Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina, yang rasa terpanggil dengan firman Allah untuk mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.

Dari hasil kajiannya yang kemudiannya menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat mendapati madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Kitab Islam terkenal, Tafsir Ibnu Kathir, menyatakan bahawa madu yang berwarna putih, keemasan dan kehitaman sangat sesuai untuk dijadikan santapan harian sama ada dicampur di dalam makanan atau minuman.

Begitulah kebijaksanaan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada manusia dan terserahlah kepada hamba-hambaNya untuk memilih sama ada mahu mengikut fitrah yang diberikan kepada mereka atau sebaliknya.



 Khasiat

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya.  Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma- Haid- Resdung
- Alahan- Jerawat- Rambut gugur
- Barah- Letih- Sakit kepala
- Buasir- Lendir kahak- Sakit pinggang
- Batuk kering- Lemah jantung- Sakit sendi
- Batuk- Mata- Sukar tidur
- Darah Tinggi- Pening
- Gastrik- Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus

 Kandungan dalam madu lebah

Madu lebah mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti:
  • Kalsium (Ca)
  • Phosphor (P)
  • Natrium (Na)
  • Thiamin
  • Niacin
  • Riboflavin
  • Potassium
  • Iron
  • Zink
Di samping itu, gula dalam madu lebah (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan. Berbeza dengan gula biasa atau madu lebah tiruan yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.
Ciri-ciri kimia madu lebah adalah madu lebah mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1). Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.







Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....
masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21

JUGA BERTINDAK

•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip Kanser :

Amalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.



Untuk kewanitaan
Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.